Pengenalan
Perpustakaan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mula ditubuhkan pada tahun 1994 yang dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan Pusat Remote Sensing Negara (MACRES). Perpustakaan MYSA merupakan sebuah perpustakaan khusus di dalam bidang remote sensing dan teknologi Angkasa yang berkaitan bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan maklumat dan rujukan kepada para penyelidik untuk mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
OBJEKTIF
• Menyediakan perkhidmatan maklumat dan rujukan yang berkualiti, cepat dan terkini kepada semua warga MYSA.
• Membina dan menyediakan sumber maklumat ilmu bercetak dalam bidang remote sensing, GIS dan teknologi Angkasa .
• Menggalakkan penggunaan perpustakaan bagi mewujudkan masyarkat berilmu
FUNGSI
• Mengumpul, menyimpan dan menyebar maklumat yang berkualiti dalam bidang remote sensing, GIS dan teknologi Angkasa
• Mendokumentasikan maklumat untuk penyimpanan dan penyebaran kepada warga MYSA
• Menyediakan perkhidmatan pinjaman dan perujukan yang berkualiti
PIAGAM PELANGGAN
Perpustakaan MYSA adalah komited untuk berkhidmat dengan cekap bagi perkhidmatan – perkhidmatan berikut:-
• Membekalkan maklumat yang tepat dan terkini mengikut keperluan pengguna dalam masa tiga hari
• Memproses bahan mengikut format dan standard Antarabangsa bagi menyokong Pangkalan Data Kebangsaan dalam masa tiga hari
VISI
Berazam mengwujudkan sebuah pusat rujukan dalam bidang remote sensing, GIS dan teknologi Angkasa yang unggul dan terbaik.
PERKHIDMATAN
1. PINJAMAN
Perkhidmatan pinjaman disediakan kepada semua warga MYSA. Setiap ahli boleh meminjam sebanyak EMPAT (4) buah buku bagi satu – satu masa untuk tempoh sebulan.
2. RUJUKAN DAN PERUJUKAN
Perkhidmatan rujukan dan perujukan disediakan kepada semua kakitangan MYSA untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini.
3. SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN
Bahan rujukan yang tiada di dalam perpustakaan akan dipinjam dari perpustakaan lain melalui Pinjaman Antara Perpustakaan.
4. PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan pencarian maklumat melalui perkhidmatan atas talian ataupun dikenali juga sebagai Online Public Access Catalogue (OPAC). Koleksi perpustakaan telah diinput di dalam pangkalan data dan pengguna boleh mengaksesnya melalui OPAC. Selain dari itu, perkhidmatan internet juga disediakan kepada pengguna perpustakaan.
5. PERKHIDMATAN MAKLUMAT SEMASA
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan maklumat semasa seperti paparan multimedia mengenai bahan – bahan terbitan bersiri dan koleksi monograf terkini di lobi. Selain dari itu maklumat terkini juga dipaparkan di papan kenyataan ruangan perpustakaan. Manakala papan pameran di ruang perpustakaan pula memaparkan maklumat – maklumat terkini serta isu – isu baru untuk pengetahuna para pengguna perpustakaan. Pameran buku baru juga disediakan di ruangan khas di dalam perpustakaan.