PERATURAN
PERATURAN PERPUSTAKAAN
-
Semua pengguna perpustakaan hendaklah memakai tanda nama/pas keselamatan semasa berada di perpustakaan.
-
Pengguna luar hendaklah mendaftar nama di dalam buku daftar masuk di kaunter perpustakaan dan borang permohonan menggunakan perpustakaan. Pegawai bertugas berhak melarang masuk pengguna luar yang tidak membuat penyelidikan.
-
Pengguna perpustakaan hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Pakaian kasual yang kemas dibenarkan. Manakala seluar/skirt pendek serta selipar getah tidak dibenarkan.
-
Barang – barang persendirian hendkalah disimpan di dalam loker/almari yang disediakan. Pen, kertas dan buku nota sahaja dibenarkan masuk ke perpustakaan.
-
Penggunaan perkhidmatan komputer perpustakaan dan komputer riba (laptop) persendirian hendaklah mendapat kebenaran dari pegawai yang bertugas.
-
Pegawai yang bertugas berhak untuk memeriksa pengguna yang keluar/masuk ke perpustakaan dan pengguna hendaklah menunjukkan bahan yang dibawa masuk/keluar ke dalam perpustakaan kepada pegawai yang bertugas.
-
Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan tidur, makan/minum, membuat gangguan ,bising, berbual dan membuat/menerima panggilan dari telefon bimbit.
-
Semua bahan yang dirujuk/digunakan hendklah ditinggalkan di atas meja atau diletakkan di atas troli yang disediakan.
-
Sampah sarap hendklah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan di dalam perpustakaan.
-
Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan mengoyak,memotong, menconteng semua koleksi perpustakaan.
-
Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakkan barang persendirian yang ditinggalkan di dalam/luar perpustakaan.
PERATURAN PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN
-
Semua pegawai dan kakitangan MYSA layak mendaftar sebagai ahli perpustakaan.
-
Pengguna yang berdaftar sebagai ahli perpustakaan layak untuk meminjam bahan dari perpustakaan.
-
Setiap ahli boleh meminjam sebanyak empat (4) naskhah buku pinjaman bagi tempoh selama sebulan.
-
Bagi buku rujukan, pengguna perpustakaan perlu mendapat kebenaran dari Pegawai Perpustakaan untuk meminjam dan dibenarkan meminjam selama seminggu (1) sahaja.
-
Pengguna perpustakaan boleh meminjam jurnal/majalah yang bukan ‘isu semasa’ pada petang Jumaat dan dipulangkan pada pagi Isnin hari berikutnya sahaja. Bagi ‘isu semasa’ jurnal/majalah tidak boleh dipinjam.
-
Koleksi khas seperti ‘thesis’ tidak dibenarkan dipinjam dan hanya boleh digunakan sebagai rujukan di dalam perpustakaan sahaja.
-
Jika bahan – bahan perpustakaan yang dipinjam tidak dipulangkan pada tarikh sepatutnya, pihak perpustakaan akan membuat panggilan telefon. Selepas seminggu masih tidak dipulangkan, pihak perpustakaan akan mengeluarkan surat peringatan 1, atau ke 2 dan seterusnya. Salinan surat peringatan juga akan dikemukakan kepada Pengarah Bahagian untuk makluman.
-
Sekiranya ada keperluan bahan untuk dipinjam dari perpustakaan luar, permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pembekalan Penerbitan Perpustakaan. Begitu juga bagi pengguna luar boleh membuat pinjaman melalui sistem Pembekalan Penerbitan ke perpustakaan MYSA.
-
Tempahan bahan boleh dibuat sekiranya bahan yang diperlukan masih di dalam pinjaman pengguna lain. Jika bahan telah dikembalikan, pinjaman boleh dibuat kepada pengguna yang membuat tempahan.
-
Peminjam bertanggungjawab di atas kerosakkan dan kehilangan bahan yang dipinjam. Bahan yang hilang perlu diganti dengan kos harga bahan tersebut. Sekiranya bahan masih ada di pasaran, peminjam perlu membeli dan menggantikannya.
-
Bahan yang dipinjam tidak boleh dipindah milik.
-
Pembaharuan bahan hanya dibenarkan sebanyak dua(2) kali sahaja dan sekiranya tiada tempahan dari orang lain. Bagi bahan rujukan tidak dibenakan dibuat pembaharuan.
-
Bagi pengguna luar hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja dan tidak boleh membuat pinjaman kecuali melalui Sistem Pembekalan Penerbitan. (SPP)